VIVALAVISTA â™
Farhanah 1E4
Atikah 1E1
Jannah 1E4 (Gambar Jannah belum diambil... Minta maaf!)
Zakiah 1E1

KEINGINAN â™
*Mendapat Markah Tinggi Untuk Projek Ini
*Membuat Persahabatan Kami Lebih Kukuh
*Bekerja Keras Sebagai Satu Kumpulan

PAUTAN... â™
Chef Nana
Minah Jeans
Fantastic 3
Inforia
Kristal
Makanan Sedap
Bahtera
Artic Khan
Cikgu Noraini
Lelaman yang telah diguna â™
Tentang Mi Goreng
Tiga gambar Mi Goreng India =p:
Mi Goreng India
Mi Goreng India
Mi Goreng India
Dua gambar Mi Goreng Melayu:
Mi Goreng Melayu
Mi Goreng Melayu
CAKAP YA!! â™

Thursday, 27 March 2008
blogg-ed at 3/27/2008 07:15:00 pm
Kami ada cerita yang lucu untuk diceritakan...
Semalam, Farhanah dan Atikah membuat projek di makmal komputer sekolah.
Jannah tidak ada kerana dia sakit...
Zakiah pula pergi DC...
DC dalam dalam melayu apa eh?
Tidak mengapa...
Saya dan Atikah membuat projek kami sehingga jam 3.30...
Atikah harus pulang awal kerana dia tinggal di tempat yang jauh...
Selepas Atikah sudah pulang, saya tidak pulang ke rumah...
Saya bermain komputer...
Dalam pukul 4.30, saya terus tutup komputer dan pulang ke rumah...
Ketika saya di dalam bas, saya teringat yang saya tertinggalkan disket projek itu makmal komputer!
Oops...
Apabila saya memberitahu semua ahli kumpulan saya,mereka semua sudah panik!!
Haha.
Nasib baik disket itu dapat dijumpa...
Kami mengambilnya tadi pagi sebelum kelas bahasa melayu..
Nasib baik sey...
Kalau tidak...
Tak tau apa nak cakap...
Sunday, 23 March 2008
blogg-ed at 3/23/2008 01:15:00 pm
Hi semua...
Tadi saya, Jannah dan Atikah berbincang di MSN...
Kami berbincang bila kami akan membuat slaid powerpoint...
Kesian sekali Zakiah tidak dapat berbincang dengan kami...
Dia tidak mempunyai internet di komputernya...
Kami bercadang untuk membuat slaid powerpoint itu esok.
Kami akan membuatnya di makmal komputer sekolah..
Jika ada halangan, kami akan membuatnya di rumah saya...
Selepas berbincang, kami menyuruh Atikah menelefon Zakiah untuk memberitahunya kami akan membuat slaid powerpoint esok.
Itulah untuk hari ini...
Bye!
Farhanah...
Friday, 21 March 2008
blogg-ed at 3/21/2008 04:24:00 pm
Informasi yang di bawah ini diperolehi dari lelaman ini:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Vitamin#Jenis-jenis_dan_fungsi_vitamin

Jika anda ingin informasi yang lebih mendalam,
Sila kunjungi lelaman ini ya!

Apakah khasiat Mi Goreng?

Mi Goreng kaya dengan vitamin A, C dan E. Ini kerana setiap Mi Goreng mempunyai tomato (samada sos atau buah), telur dan sayur... Tomato kaya dengan vitamin A dan C. Telur pula hanya kaya dengan vitamin A dan sayur kaya dengan vitamin E.

Jenis-jenis dan fungsi vitamin...

Vitamin A - Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan kerabunan.

Vitamin D - Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.

Vitamin E - Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

Vitamin K - Bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.

Vitamin C - Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.

Vitamin B - Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.
Wednesday, 19 March 2008
blogg-ed at 3/19/2008 11:52:00 am
Atikah, Zakiah dan Farhanah di sini!
Jannah!!!!
Tolong letakkan gambar kamu di blog ini!!!
Jangan malu-malu lah....
Kita semua sudah letak!!
Jannah, kamu MESTI meletakkan gambar selambat-lambatnya malam ini!
blogg-ed at 3/19/2008 11:49:00 am
Hello semua...Ini Jannah!!!
Hari ini kami sekelas pergi ke makmal komputer semasa kelas bahasa melayu kami. Kami ke sana untuk mengemaskini blog kami selama satu jam. Sekarang, kami sedang mencari kulit blog tetapi.....
Tiada kulit blog yang sesuai untuk blog kami.....
Ok....
Bye......
Tuesday, 18 March 2008
blogg-ed at 3/18/2008 10:05:00 pm
Hello!
Tadi saya(Farhanah) dan Jannah berbincang di MSN...
Kami berbincang mengenai bagaimana hendak memperbaiki blog dan bagaimana kami akan membentangkan blog ini...
Semasa berbincang, saya juga menyuruh Jannah untuk meletakkan gambarnya...
Tetapi dia memberitahu saya mungkin minggu ini atau minggu hadapan dia akan meletakkan gambarnya...
Jam sudah menunjukkan jam 10...
Tapi kami belum tahu bagaimana caranya dan kami semua sudah hendak tidur...
NGANTUK...
Kami pun berhenti berbincang kerana sudah lewat malam...
Tetapi kami bermula berbincang jam 9.30...
Haha..
Hanya setengah jam sahaja...
Jadi sebelum saya menutupkan komputer...
Saya pun menuliskan sesuatu di blog...
DAN...
INI HASILNYA!!!
Saturday, 15 March 2008
blogg-ed at 3/15/2008 01:04:00 pm

Video dari youtube...

Friday, 14 March 2008
blogg-ed at 3/14/2008 07:52:00 am
Cikgu....
Kami tidak ada masa untuk berjumpa untuk menyambung projek ini pada cuti sekolah.
Masing-masing sibuk....
Saya ada beberapa projek lain yang harus dibuat...
Kami masing-masing ada cca...
Jadi buat masa ini kami tidak akan kemaskini blog kami...
Selepas cuti sekolah baru kami mengemas kini blog kami..
Minta maaf ya cikgu...

Farhanah
Friday, 7 March 2008
blogg-ed at 3/07/2008 04:16:00 pm
Semua ahli kumpulan sudah pulang ke rumah...
Tadi kami mencari kulit blog bersama-sama...
Kami juga meletakkan gambar kami...
Tetapi saya kasihan kerana Jannah belum meletakkan gambarnya...
Hehe...
Minta maaf Jannah!!
Itulah...
Kenapa tidak mahu ambil gambar tadi???
HAHA..
Main-main saja...
blogg-ed at 3/07/2008 02:20:00 pm
Halo!!! Hari ini hari terakhir kami sekolah!!! Yea!!!
Tetapi hari ini kami harus membuat projek...
Sedih sekali...
Selepas sekolah, kami bercadang untuk pergi ke makmal komputer.
Tetapi....................
MAKMAL KOMPUTER TUTUP!!!!!
Jadi kami terpaksalah pergi ke rumah Farhanah...
Begitulah ceritanya....
Chef N.A.N.A!!!
Tolong kami!!!!
Tolong berikan kami markah yang tinggi ya!!!
=p
Thursday, 6 March 2008
blogg-ed at 3/06/2008 07:08:00 pm
Halo!!!
Farhanah di sini!!
Saya mencari kulit blog yang lebih menarik tetapi tidak dapat dijumpai!!! Macam mana ni???
Tidak mengapa...
Saya akan cuba lagi...
blogg-ed at 3/06/2008 05:51:00 pm
Selepas sekolah, kami bertemu dengan Cikgu Noraini untuk mendapatkan maklum balas tentang projek blog kami. Selepas bertemu dengan cikgu, kami sekumpulan bercadang untuk pergi ke rumah Jannah esok untuk mengemas kini blog kami... Disebabkan Jannah sudah berjanji dengan ahli kumpulannya untuk membuat sains projek pada esok hari, kami bercadang untuk membuat projek melayu ini di makmal komputer sekolah selepas Jannah telah menyelesaikan projek sainsnya.
Wednesday, 5 March 2008
blogg-ed at 3/05/2008 06:54:00 pm
Jikalau ada kesalahan bahasa, tolong beritahu kami ya...
Oh ya!! Sila memberi maklum balas jika ada yang ingin dipercakapkan. Terima kasih atas kerjasama anda... Kami ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua kumpulan esok. Jika atas tersilap kata, maafkan kami!! =) Terima kasih!!!
blogg-ed at 3/05/2008 06:21:00 pm
Mi Goreng
Ada bermacam-macam Mi Goreng di Singapura. Tetapi kami akan fokuskan kepada Mi Goreng India dan Mi Goreng Melayu untuk projek melayu ini. Kedua-dua Mi Goreng ini amat terkenal di Singapura terutama sekali Mi Goreng India. Kami akan memberitahu sekelian mengapa kami mengatakan begitu. Ini maklumat yang kami perolehi dari internet. Informasinya ialah dalam bahasa inggeris. Jadi kami menukarnya kepada bahasa melayu.
Di Singapura, Mi Goreng sebenarnya ialah masakan orang India iaitu Mi yang digoreng bersama tomato, kentang, kobis, cili hijau dan kacang hijau. Rasanya datang dari kuala besar yang berasap, cili dan tomato sos. Ia belum diketahui bila hidangan ini mula dibuat. Tetapi, hidangan ini sudah mula dijual pada tahun 1950, apabila penjual menjualnya di tepi jalan raya. Penjual akan memekik perkataan Mi Goreng itu yang boleh didengar dari jauh supaya pelanggan akan membeli Mi Gorengnya.
Oleh kerana Mi Goreng India disukai oleh orang ramai, timbul lah Mi Goreng versi Melayu dan Cina.
Ini ialah lelamannya :
http://www.streetdirectory.com/restaurants/local_food/local-429-mee_siam_mee_goreng.php
Seperti dikatakan, informasinya ialah dalam bahasa inggeris.
Tuesday, 26 February 2008
blogg-ed at 2/26/2008 04:28:00 pm
Mi Goreng India
Kedai ini terletak di Serangoon North Ave 1
Nama Pemilik kedai:
Puan Fatimah
Nama Tukang masak yang kami temu duga:
Encik Mohamed
Resipi Mi Goreng India dari Encik Mohamed;
Mula-mula, kami harus membuat rempah.
Ini ialah bahan-bahan untuk membuat rempahnya:
  • Cili Boh
  • Tomato Sos
  • Kicap Cair (2 sudu)
  • Bawang Putih
  • Serbuk Perisa
  • Garam

Bahan-bahan untuk membuat rempah ini mesti dikisar.

Ini pula adalah bahan-bahan untuk membuat Mi Goreng India

  1. Minyak
  2. Bawang Merah
  3. Kobis
  4. Cili Padi Hijau
  5. Mi Kuning
  6. Rempah
  7. Telur
  8. Bebola Ikan(fishcake)
  9. Kentang
Friday, 22 February 2008
blogg-ed at 2/22/2008 07:59:00 pm
Ini gambar-gambar pelbagai macam Mi Goreng
yang dipetik daripada internet:

Mi Goreng India

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiA_GGlFC82Xy_6yc6Uu99WIFbxUt_PDDJUl486CHJT1eNlklWyPpQreyQk55zPk8V1FKhewSBVHFmuvrlC3kiFih0XIbnU8cdXk5Lbk4B5IiuDlrnFVoKS45jtK2Jg6ReEC1kDN8o8UF4/s1600-h/INDIAN+MEE.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipYezvqACPd9455Cq29iwwwijGYISfnZAUvpcrUJay4VZJX8qkivxRp33X7aOLfcYbGWZ5_6ybwpcabSNdb-gpdy9SQEUrZ_UQKt5D8daA1UM6kI8oLSOVWRVF5cl5_CV2o292pm8MTpI/s1600-h/INDIAN.bmp

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3g_n64tAM9qQhGO-qik59mMtH46vMnCLfQVhYdR90EoJX42_dRbVo_1INrlwOO5MXgVyE6iwCyev28_z_X2-ehJeKNB_JDqJr296e7zyUO2MyPopYd3ijoSHAAZbgIzm3QNDHgIe_N_Q/s1600-h/indianmee.jpg
Mi Goreng Melayu




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmgIrWwglZno5f-BttAQ-iKnO8XhnuLIEQqFtv4wq9Y66Q2cVTn3TiMyr4wHaNARMein1fd6-GAe8jtrjF4QPbX7gqhp_fG6XSIOiirF1t0YEbBah0xFb2mHgAThdfnPemFch9C2s0jx4/s1600-h/MALAY+MEE.bmp


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuZfpuc6xPxt2WdT6ypxslH9jnV2rlLSfwmstmjaW8YopvKCRIX67s-OAtfxPh9Vx-O2-2tKK8qqXCSUzDS49UTT5p3dj_oUHCO5s35qK6YCfgVAYT6XhQOGR0J34SfJ0t1iMJ2-lii5k/s1600-h/malay.jpg
blogg-ed at 2/22/2008 07:28:00 pm
Sedikit tentang Mi Goreng
Orang Indonesia mengejanya sebagai Mie Goreng manakala kami sebagai orang melayu mengejanya sebagai Mi Goreng. Dalam bahasa inggeris pula dieja sebagai "Fried Noodle". Mi Goreng ialah makanan hidangan yang terkenal di Indonesia, Malaysia dan Singapura. Mi Goreng dibuat daripada mi kuning yang halus yang digoreng dengan bawang, sayur, tomato dan telur. Ini ialah bahan-bahan utama untuk semua jenis Mi Goreng.
Sunday, 17 February 2008
blogg-ed at 2/17/2008 02:58:00 pm
Ini gambar-gambar dan video-video yang telah
kami ambil semasa temu duga itu:

Ini gambar kedai Mi Goreng Melayu.
Nama kedainya sudah tertera di situ iaitu
Mosaza Muslim Food.




Kami telah membeli Mi Goreng ini di kedai Melayu itu.
Mi Goreng ini seperti Mi Goreng Basah...
Ini ialah contoh Mi Goreng Melayu.

Gambar ini pula ada dua tukang masaknya.


Tetapi, Makcik ini ialah tukang masak untuk Mi Goreng yang kami beli.




Ini ialah video bersama salah satu pemasak untuk Mi Goreng Melayu. Malangnya, makcik itu sibuk. Jadi, kami tidak dapat temu duga bersamanya.


Ini ialah gambar Mi Goreng India.

Ini ialah video semasa kami sedang menanya tukang masaknya dengan pelbagai soalan. Lelaki yang tua ialah tukang masaknya. Kami diberitahu bahawa dia ada pengalaman sebanyak 20 tahun.

Kedua-dua video ini menunjukkan cara bagaimana Mi Goreng india dimasak.

Tuesday, 5 February 2008
blogg-ed at 2/05/2008 08:23:00 pm
blogg-ed at 2/05/2008 08:14:00 pm
SELAMAT DATANG KE
VIVALAVISTA.........
blogg-ed at 2/05/2008 02:48:00 pm

Perancangan Projek

Tajuk projek:

Perbezaan Mi Goreng India dan Mi Goreng Melayu

Nama kumpulan:

VIVALAVISTA!!!

Kami akan melakukan apa sahaja untuk mendapat markah tinggi!!!

Tapi, dengan cara yang baik!!!

Apa yang perlu kami lakukan?

  • Kami akan bertemu ramah dengan penjual Mi Goreng India dan Melayu...
  • Kulit blog dan isi blog

Siapa yang akan melakukannya?

  • Kami semua iaitu farhanah, jannah, atikah dan zakiah

Apakah bahan-bahan yang kami perlukan?

  • Telefon bimbit
  • Komputer

Bila harus kami mula?

  • Sudah mula pada 4/2/08

Bila harus kami selesaikan?

  • Dalam masa 4 atau 5 minggu

Bila tugas itu diselesaikan?

  • Belum diketahui

Pembahagian tugasan dalam kumpulan

  • Orang yang menanya pelbagai soalan semasa temu duga

Pelajar yang bertanggungjawab:

Jannah 1E4 & Atikah 1E1

  • Mengambil gambar dan video semasa temu duga

Pelajar yang bertanggungjawab:

Farhanah 1E4

  • Menulis catatan semasa temu duga

Pelajar yang bertanggungjawab:

Zakiah 1E1

blogg-ed at 2/05/2008 02:29:00 pm
Borang Usulan
Tajuk Projek:
Perbezaan Mi Goreng Melayu dan Mi Goreng India.
Projek ini akan fokus kepada...
perbandingan antara Mi Goreng Melayu dan Mi Goreng India.
Kami memilih tajuk ini kerana...
Mi Goreng ialah makanan kegemaran ramai orang dan kami bercadang untuk membuat kajian tentang makanan ini.
Soalan Utama Kami:
  • Mana satu Mi Goreng yang mudah disiapkan dan sedap dimakan?
  • Apakah khasiat yang terdapat pada Mi Goreng masing-masing?
Bahan-bahan yang dicadangkan:
  • Duit untuk membeli makanan
  • Telefon bimbit untuk rakaman gambar dan video

Apakah yang akan dimuatnaikkan ke dalam blog?

Kami akan memuatnaikkan gambar-gambar, rakaman video dan diari di blog.

Disediakan oleh:

  • FaRHaNaH 1E4
  • jaNNah 1E4
  • aTiKaH 1E1
  • ZaKiaH 1E1
Monday, 4 February 2008
blogg-ed at 2/04/2008 10:07:00 pm
Helo!!!
Kami baru sahaja membuat kulit blog kami...
Tadi pagi, kami pergi ke warung untuk membeli makanan iaitu Mi Goreng Melayu dan Mi Goreng India.
Kebetulan, gerai yang menjual Mi Goreng Melayu dan Mi Goreng India bersebelahan...
Jadi, kami pun bertemu duga dengan pemasaknya...
Sayangnya, pemilik gerai untuk kedua-kedua gerai tidak hadir pada masa itu.
Gerai-gerai itu terletak di Serangoon North Ave 1.
Kami akan menyambung di lain hari kerana kesuntukan masa...
Kami akan memberitahu apa yang kami buat semasa temu duga itu di lain hari...
Ok!!! Terima Kasih...